Kerajaan wajar pertimbang ganjaran kepada Ziyad: Reezal Merican

Muhammad Ziyad -Foto Bernama
Muhammad Ziyad -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA- Kerajaan wajar mempertimbangkan pemberian Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) kepada atlet paralimpik, Muhammad Ziyad Zolkefli.

Meskipun kemenangan atlet berusia 31 tahun itu dinafikan, bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pencapaian Muhammad Ziyad tercatat dalam rekod dunia.

"Ada kewajaran untuk dipertimbangkan," katanya pada Khamis.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai gesaan beberapa pihak berhubung pemberian SHAKAM kepada atlet berkenaan.

Muhammad Ziyad memecahkan rekod dunia acara lontar peluru F20 pada temasya Sukan Paralimpik di Tokyo dengan mencatatkan 17.94 meter pada lontaran ketiga untuk meraih emas.

Ia sekali gus memecahkan rekod dunia 17.29m miliknya sendiri yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia di London 2017.

Bagaimanapun, pingat emas Muhammad Ziyad ditarik balik selepas kem Ukraine membuat protes berikutan tiga atlet iaitu Muhammad Ziyad, Todd Hodgetts (Australia) dan Jordi Patricio (Ecuador) dikatakan lewat untuk memasuki bilik panggilan sebelum acara dimulakan.

Artikel Berkaitan: