PPS pertama dibuka di Pontian

PPS Kampung Melayu dibuka pada Khamis menempatkan 19 mangsa banjir.
PPS Kampung Melayu dibuka pada Khamis menempatkan 19 mangsa banjir.
A
A
A

PONTIAN - Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan ( SK) Melayu Raya, Pekan Nanas Pontian menjadi pusat pemindahan pertama dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di daerah ini selepas hujan melebihi enam jam pada Khamis.

Berdasarkan laporan terkini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pontian, seramai 19 mangsa banjir daripada lima buah keluarga dipindahkan sehingga jam 12 tengah hari tadi.

"Hujan lebat melebihi enam jam mengakibatkan beberapa buah rumah telah dinaiki air. Pasukan penyelamat telah diarahkan ke lokasi untuk pemantauan dan memindahkan mangsa ke PPS.

"PPS SK Melayu Raya telah dibuka secara rasmi pada jam 11.00 pagi tadi dan keadaan cuaca di kawasan terbabit dilaporkan masih hujan renyai," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Artikel Berkaitan: