X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Kes Covid-19 kembali meningkat, 20,988 kes baharu

Gambar hiasan.
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kes Covid-19 di Malaysia kembali meningkat dengan merekodkan sebanyak 20,988 kes baharu Covid-19 pada Khamis berbanding 18,762 kes pada Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 23,473 kes sembuh dilaporkan mengatasi kes baharu.

"Jumlah keseluruhan kes sembuh adalah 1,506,273 dan jumlah kumulatif kes positif pula 1,786,004 kes," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, Selangor melaporkan 4,073 kes baharu, diikuti Sarawak (2,992), Kedah (2,455), Sabah (2,329), Johor (2,145), Pulau Pinang (1,600) dan Kelantan (1,247).

"Perak (990), Terengganu (987), Pahang (599), Melaka (407), Negeri Sembilan (301), Perlis (90), Putrajaya (37) dan Labuan (lima)," ujarnya.

Beliau berkata, terdapat satu kes import dilaporkan dan 20,987 kes merupakan penularan tempatan yang membabitkan 18,436 rakyat tempatan dan 2,551 warga asing.

"Daripada jumlah kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 341 kes adalah daripada kategori tiga hingga lima dan 20,647 kes lagi terdiri daripada kategori satu dan dua," katanya.

Noor Hisham berkata, secara keseluruhan, 9,860 kes daripada jumlah kes yang dilaporkan tiada sejarah vaksinasi manakala 4,995 kes telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan 6,133 kes mempunyai sejarah vaksinasi lengkap.

Dalam pada itu, beliau berkata, jumlah kes aktif di seluruh negara adalah 262,540 dengan 1,417 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 783 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

"Di ICU, sebanyak 416 kes merupakan kes disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan Covid-19 manakala 313 kes disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan daripada jumlah pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

"Hari ini terdapat 249 kes kematian dilaporkan sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya, 17,191 kes. Ia membabitkan 198 rakyat tempatan dan 51 warga asing.

"Daripada jumlah kes kematian, terdapat 80 kes BID yang terdiri daripada 46 warganegara dan 34 bukan warganegara," katanya.

Sementara itu, KKM mengenalpasti 31 kluster baharu yang merupakan 17 kluster tempat kerja dan sembilan kluster komuniti.

"Empat kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster pendidikan tinggi turut dikenal pasti," katanya.

Jumlah keseluruhan kluster adalah 4,804 yang mana 3,316 telah diisytiharkan tamat manakala selebihnya, 1,488 kluster masih aktif dan merekodkan pertambahan kes.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!