Sila log masuk terlebih dahulu.

Aktiviti ziarah kubur Seksyen 21 dibenarkan: MBSA

MBSA membenarkan aktiviti ziarah Tanah Perkuburan Seksyen 21 di sini pada masa ditetapkan dan syarat-syarat tertentu. - Gambar hiasan
MBSA membenarkan aktiviti ziarah Tanah Perkuburan Seksyen 21 di sini pada masa ditetapkan dan syarat-syarat tertentu. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membenarkan aktiviti ziarah Tanah Perkuburan Seksyen 21 di sini pada masa ditetapkan dan syarat-syarat tertentu.

Menerusi hantaran di Facebook pada Khamis, MBSA memaklumkan waktu ziarah dibenarkan bermula pada jam 8 pagi hingga 10 pagi dan jam 1 petang hingga 3 petang dengan tempoh lawatan tidak melebihi 20 minit.

Selain itu, pelawat yang ingin menziarah ke tanah perkuburan berkenaan perlu lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 dan hanya dua pelawat sahaja dibenarkan masuk.

“Untuk makluman, tanah perkuburan ini juga adalah pusat penerimaan jenazah Covid-19.

"Kawasan ini akan ditutup pada jam 10 pagi hingga 1 petang dan 3 petang hingga 7 petang bagi memudahkan pihak hospital menguruskan jenazah Covid-19.

“Pihak MBSA tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang risiko yang berlaku kepada pelawat yang berkunjung ke kawasan ini,” katanya kenyataan tersebut.

Artikel Berkaitan: