MB Kelantan mahu jumpa PM

Ahmad (kanan) menyampaikan cenderamata kepada petugas barisan hadapan semasa mengadakan lawatan ke Program Outreach Vaksinasi Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Laut, Tumpat pada Khamis
Ahmad (kanan) menyampaikan cenderamata kepada petugas barisan hadapan semasa mengadakan lawatan ke Program Outreach Vaksinasi Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Laut, Tumpat pada Khamis
A
A
A

TUMPAT - Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob akan melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam masa terdekat bagi membincangkan isu pembangunan di negeri ini.

Beliau berkata, pihaknya sudah menyatakan hasrat tersebut menerusi satu surat yang telah dikirimkan ke Pejabat Perdana Menteri pada Rabu.

"Buat masa ini kita sedang menunggu maklum balas berhubung perkara tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Program Outreach Vaksinasi Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Laut pada Khamis.

Menurutnya, menerusi kunjungan hormat itu nanti beliau akan menyampaikan beberapa perkara penting berkait dengan projek yang telah termaktub menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pekan itu berkata, antara intipati perbincangan itu ialah projek jambatan Palekbang.

"Kerajaan negeri mahu projek ini diteruskan," katanya.

Mengulas mengenai pelantikan menteri dari Kelantan, Ahmad berkata, jawatankuasa khas antara menteri-menteri kerajaan Pusat telah diwujudkan bagi membincangkan isu-isu membabitkan pembangunan di Kelantan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, ia turut membabitkan isu kebajikan dan kemasalahatan melibatkan rakyat di negeri ini.