Mayat pemancing dibawa arus ditemui terapung

Mayat mangsa diusung untuk dibawa ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis di Kemaman pada Khamis.
Mayat mangsa diusung untuk dibawa ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis di Kemaman pada Khamis.
A
A
A

KEMAMAN - Mayat seorang lelaki yang dihanyutkan arus ketika sedang memancing ditemui terapung di sungai Jeram Mawar berhampiran Kampung Air Putih di sini pada Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheneh, Mohamad Hanif Che Khalid berkata, mayat Mohamad Nazmi Mohamad Saidi, 23, ditemui pada jam 9.20 pagi, kira-kira 150 meter dari lokasi mangsa dipercayai tergelincir, Selasa lalu.

Ketika kejadian, mangsa bersama enam rakannya sedang memancing di kawasan berkenaan.

“Mayat mangsa ditemukan pasukan bomba bersama unit anjing pengesan (K9) ketika melakukan operasi pencarian di sepanjang tebing sungai.

“Mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemancing dikhuatiri lemas dibawa arus

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari Selasa, Mohamad Nazmi dari Kampung Paya Berenjut, Chukai di sini dikatakan tergelincir ketika berdiri di tebing sungai.

Rakan mangsa, Mohd Zarif Ikhwan Zainuddin, 23, berkata, dia sempat melihat mangsa tenggelam timbul pada permukaan air sebelum hilang dibawa arus deras.

Artikel Berkaitan: