Azhar nafi tolak usul kosongkan jawatan Speaker

Azhar Azizan. - Foto Bernama
Azhar Azizan. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menafikan laporan media yang menyatakan beliau menolak 15 usul agar mengosongkan jawatannya.

Azhar sebaliknya menegaskan telah mengutus surat kepada kesemua pengusul bahawa beliau tidak akan sama sekali membuat apa-apa keputusan mengenai semua usul tersebut kerana mempunyai percanggahan kepentingan atau ‘conflict of interest’.

“Pejabat saya sememangnya menerima pemberitahu usul-usul untuk mengosongkan jawatan saya dan juga supaya individu lain dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

“Sebaik sahaja pejabat saya menerima usul-usul tersebut, saya telah mengutus surat kepada

kesemua pengusul bahawa saya tidak akan sama-sekali membuat apa-apa keputusan mengenai semua usul tersebut kerana saya mempunyai percanggahan kepentingan (conflict of interest).

“Apa-apa keputusan mengenal usul-usul tersebut akan diserahkan kepada Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Jelas Azhar, beliau tidak pernah mengambil bahagian dalam apa cara sekalipun atau campur tangan di

dalam apa-apa keputusan mengenai usul-usul tersebut.

Artikel Berkaitan:

Malah, beliau tidak tahu menahu mengenai apa-apa keputusan yang mungkin telah dibuat oleh Mohd Rashid mengenai usul-usul tersebut.

“Laporan media berkenaan yang mengatakan antara lainnya, bahawa saya telah ‘mengetepikan usul berkenaan daripada dibahas’ dan juga yang mempunyai unsur inuendo bahawa usul-usul tersebut ditolak oleh saya adalah tidak benar dan saya anggap bersifat pembohongan dan fitnah serta dibuat dengan niat untuk menjatuhkan reputasi saya.

“Saya akan mendapatkan nasihat undang-undang mengenai perkara ini dalam masa yang terdekat,” ujarnya.