X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 19 Oktober 2021

Kadar jangka pendek kekal stabil

A
A

KADAR jangka pendek dijangka kekal stabil pada Khamis berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM33.99 bilion dalam sistem konvensional dan RM26.83 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional, terdiri daripada tender bernilai RM1 bilion untuk tujuh hari dan tender RM500 juta untuk 21 hari.

Ia akan turut menjalankan tender Qard lelongan matang pelbagai Islam (iRMA) RM5.4 bilion untuk lima hingga 31 hari.

Ia turut mengumumkan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada jam 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM31.7 bilion dan RM20.4 bilion untuk tender semalaman Murabahah. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!