Deschamps lega jaringan penyamaan Griezmann

Griezmann (tengah) cuba lepasi kawalan pertahanan Bosnia Herzegovina pada aksi Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2022 pada Khamis. - Foto AP
Griezmann (tengah) cuba lepasi kawalan pertahanan Bosnia Herzegovina pada aksi Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2022 pada Khamis. - Foto AP
A
A
A

BIARPUN beraksi dengan 10 pemain pada separuh masa kedua, pengendali Perancis, Didier Deschamps lega apabila skuad kendaliannya berjaya mengikat Bosnia-Herzegovina 1-1 pada aksi Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2022 pada Khamis.

Menurut Deschamps, jaringan penyamaan pantas daripada Antoine Griezmann telah berjaya menyelamatkan skuad Les Bleus itu daripada menanggung aib tewas di gelanggang sendiri.

Malah katanya, pemain-pemain Les Bleus juga dilihat telah beraksi dengan penuh berdisiplin bagi mengekang asakan Bosnia-Herzegovina yang dilihat berusaha bersungguh-sungguh bagi menjaringkan gol kedua yang juga mungkin gol kemenangan pasukan berkenaan.

“Jaringan Griezmanna tepat pada masanya. Bagaimanapun, terikat 1-1 dengan Bosnia-Herzegovina nyata satu keputusan yang kurang memberangsangkan.

“Ini berikutan kita beraksi denan 10 pemain. Seperti yang saya katakan sebelum ini, memang sukar untuk beraksi dengan 10 pemain, tambahan pula pada perlawanan di peringkat sebegini.

“Namun, pamain telah berjaya beraksi dengan baik dan seterusnya menghasilkan keputusan seri ini,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, Edin Dzeko membuka jaringan buat Bonsia-Herzegovina pada minit ke-36, namun Antoine Griezmann menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-39.

Bagaimanapun, Perancis terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila pemain pertahanan Jules Kounde’ dilayangkan kad merah pada minit ke-51 namun kesempatan berkenaan gagal dimanfaatkan jentera serangan Bosnia Herzegovina bagi merobek banteng Perancis diterajui pertahanan kental, Rapahel Varane hingga ke wisel penamat.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Deschamps berharap skuad kendaliannya itu dapat kembali bersedia untuk aksi berdepan Ukraine pada Sabtu sebelum berdepan Finland di gelanggang sendiri Selasa depan.

“Saya tegaskan di sini, kita tidak boleh lagi keciciran mata selepas ini dan diharapkan pemain kembali memberikan fokus dalam dua perlawanan selepas ini untuk memastikan kita berada di kedudukan yang selesa,” katanya.