Yuserrie Zainuddin jalankan tugas, fungsi sebagai NC UMP

Yuserrie Zainuddin
Yuserrie Zainuddin
A
A
A

KUANTAN - Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Datuk Ts Dr Yuserrie Zainuddin dilantik menjalankan tugas dan fungsi Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkuat kuasa 29 Ogos lalu.

Beliau menggalas tanggung jawab itu bagi menggantikan Prof Ir Dr Wan Azhar Wan Yusoff yang telah tamat tempoh lantikan.

Dr Yuserrie akan menjalankan tugas dan fungsi Naib Canselor UMP sehingga proses pelantikan naib canselor yang baharu selesai.

Beliau berkata, warga UMP diharap dapat bersama-sama untuk meneruskan agenda bagi menentukan pencapaian UMP ke tahap yang lebih cemerlang.

"Terima kasih kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi atas pelantikan ini dan tidak lupa kepada Dr Wan Azhar Wan Yusoff yang telah menunjukkan kepimpinan serta prestasi yang baik dalam meneraju UMP sebagai Naib Canselor keempat.

“Saya mengharapkan agar warga UMP dapat bersama-sama menjalankan aktiviti yang telah dirancangkan untuk memastikan Pelan Strategik UMP 2021-2025 (UMP 25) dapat dilaksanakan dan dicapai dengan baik,” katanya melalui satu kenyataan pada Khamis.

Artikel Berkaitan: