Pelajar sekolah tinggi di AS mati ditembak

Beberapa anggota pihak berkuasa mengawal sebatang jalan raya dekat Sekolah Tinggi Mount Tabor selepas insiden tembakan seorang pelajar sekolah itu di Winston-Salem pada Rabu. - Foto ABC
Beberapa anggota pihak berkuasa mengawal sebatang jalan raya dekat Sekolah Tinggi Mount Tabor selepas insiden tembakan seorang pelajar sekolah itu di Winston-Salem pada Rabu. - Foto ABC
A
A
A

WASHINGTON - Seorang pelajar Sekolah Tinggi Mount Tabor di Winston-Salem di Carolina Utara mati ditembak oleh seorang suspek lelaki yang juga seorang pelajar pada Rabu, kata polis.

Ketika kejadian, anggota-anggota polis dihantar ke sekolah tersebut pada waktu tengah hari dan mendapati terdapat seorang pelajar yang ditembak sebelum dia dihantar ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan.

Polis Winston-Salem berkata menerusi Twitter bahawa suspek yang menembak pelajar itu berjaya ditangkap selepas beberapa jam dia melarikan diri dari tempat kejadian.

Namun. suspek kejadian itu ditangkap pihak berkuasa tanpa sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Bagaimanapun, polis tidak mendedahkan motif tembakan itu.

Semua sekolah yang berada berdekatan dengan sekolah tersebut telah diletakkan dalam keadaan lockdown sebagai langkah keselamatan berjaga-jaga, kata pejabat Syerif. - Agensi

Artikel Berkaitan: