Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Pada jam 9.04 pagi, unit tempatan meningkat kepada 4.1465/1500 berbanding dolar AS daripada 4.1535/1550 semasa ditutup semalam. Gambar hiasan
Pada jam 9.04 pagi, unit tempatan meningkat kepada 4.1465/1500 berbanding dolar AS daripada 4.1535/1550 semasa ditutup semalam. Gambar hiasan
A
A
A

RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Khamis berikutan pelabur terus berhati-hati menjelang pengumuman data ekonomi Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.

Pada jam 9.04 pagi, unit tempatan meningkat kepada 4.1465/1500 berbanding dolar AS daripada 4.1535/1550 semasa ditutup semalam.

Menurut peniaga, pelabur dijangka berpuas hati untuk berada dalam ruang mata wang utama sementara menunggu data senarai gaji bukan ladang AS yang akan dikeluarkan esok.

Beliau berkata, laporan pekerjaan ADP AS yang terkini turut mengetengahkan masalah yang dihadapi oleh majikan dalam mengisi kekosongan, yang boleh mula menimbulkan persoalan sama ada ekonomi akan mencatat kemajuan yang besar dalam pasaran tenaga kerja dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Kelemahan dalam pasaran tenaga kerja AS menjadi konsisten dalam kajian serantau Rizab Persekutuan (Fed).

“Majikan masih menghadapi masalah untuk mengisi kekosongan dan itu akan memberi kesukaran kepada ekonomi daripada mencapai matlamat kemajuan besar Fed,” katanya.

Pada pembukaan, unit tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0836/0864 daripada 3.0854/0867 semasa ditutup pada Rabu dan naik berbanding pound kepada 5.7114/7162 daripada 5.7144/7164 sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, ringgit merosot berbanding yen Jepun kepada 3.7702/7738 daripada 3.7663/7677 dan susut berbanding euro kepada 4.9107/9148 daripada 4.9099/9116 semalam. -Bernama