Warga emas rentung kereta terbakar langgar pokok

Seorang lelaki warga emas rentung apabila kereta jenis Honda yang dipandunya terbakar dalam kemalangan di Jalan Taman Awam di sini, lewat malam tadi. Gambar hiasan
Seorang lelaki warga emas rentung apabila kereta jenis Honda yang dipandunya terbakar dalam kemalangan di Jalan Taman Awam di sini, lewat malam tadi. Gambar hiasan
A
A
A

MIRI - Seorang lelaki warga emas rentung apabila kereta jenis Honda yang dipandunya terbakar dalam kemalangan di Jalan Taman Awam di sini, lewat malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak dalam kenyataan pada Khamis berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima kira-kira pukul 10.50 malam sebelum sebuah jentera dengan kekuatan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurut beliau, mayat mangsa Tan Kaw Tee, 61, ditemukan di dalam kereta itu selepas operasi memadam kebakaran berjaya dilakukan.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan itu.

Menurut beliau, laporan awal mendapati bahawa kemalangan dipercayai berlaku setelah kereta dipandu mangsa terbabas dan melanggar sebatang pokok sebelum terbakar. -Bernama

Artikel Berkaitan: