Covid-19: Australia sasar hidup bersama virus

Penduduk di Sydney dan Melbourne serta Canberra diarahkan untuk tinggal di rumah selama beberapa minggu. - Foto fail/Reuters/Sandra Sanders
Penduduk di Sydney dan Melbourne serta Canberra diarahkan untuk tinggal di rumah selama beberapa minggu. - Foto fail/Reuters/Sandra Sanders
A
A
A

SYDNEY - Perdana Menteri, Scott Morrison memaklumkan bahawa warga Australia pada akhirnya perlu dibebaskan daripada perintah berkurung yang dilaksanakan.

Dalam hal ini katanya Australia boleh hidup dengan virus Covid-19.

Negara itu sedang berusaha menangani gelombang ketiga jangkitan yang telah mengakibatkan sekatan pergerakan dikuatkuasakan ke atas 25 juta penduduknya.

Penduduk di Sydney dan Melbourne serta Canberra diarahkan untuk tinggal di rumah selama beberapa minggu.

Walaupun berlaku lonjakan jangkitan baru-baru ini, negara itu berjaya mempertahankan jumlah kes Covid-19 dalam kadar yang rendah dengan 55,000 kes serta 1,012 kematian.

Dalam kumpulan 20 ekonomi besar, Australia merupakan negara terakhir mencatatkan 1,000 kematian Covid-19, kadar sederhana mengikut standard global yang dicapai minggu ini.

Beberapa ekonomi utama Asia Pasifik mempunyai kematian Covid-19 yang lebih sedikit seperti New Zealand dengan hanya 26 kematian.

Walaupun pihak berkuasa Australia berjaya mengatasi wabak melalui sekatan pergerakan namun varian Delta memaksa negara itu merancang semula pembukaan ekonomi ketika jangkitan meningkat.

Artikel Berkaitan:

Naib Presiden Persatuan Perubatan Australia, Chris Moy berkata, kadar jangkitan varian Delta tinggi, tempoh inkubasi pendek dan penyebaran kes tiada gejala bermaksud tindakan sekatan tidak lagi berfungsi. -Awani