Gangguan bekalan air pulih 74 peratus

Infografik peratusan pemulihan air di lima lima daerah terjejas di Selangor. Foto: FB Air Selangor.
Infografik peratusan pemulihan air di lima lima daerah terjejas di Selangor. Foto: FB Air Selangor.
A
A
A

SHAH ALAM - Pemulihan bekalan air di 463 kawasan yang terjejas berikutan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dihenti tugas akibat pencemaran bau mencapai tahap 74 peratus.

Air Selangor menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa kadar pemulihan secara berperingkat tersebut dicatatkan sehingga jam 10 malam pada Rabu.

Menurut kenyataan tersebut, proses pemulihan bekalan air dilakukan secara berperingkat, bergantung kepada tekanan air dan jarak lokasi kediaman pengguna dalam sistem agihan bekalan air.

"Air Selangor berharap para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakannya ecara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan," kata kenyataan tersebut pada Rabu.

Dalam pada itu, Air Selangor turut berkongsi infografik yang menunjukkan lima daerah terjejas mula kembali pulih secara berperingkat.

Berdasarkan infografik tersebut, bekalan air di Wilayah Hulu Langat pulih sepenuhnya, manakala Sepang mencatat peratus pemulihan sebanyak 95.9 peratus, diikuti Putrajaya (91.3), Kuala Langat (85) dan Petaling (37.8).

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 atau Help Centre di aplikasi Air Selangor.

Artikel Berkaitan: