Covid-19: Pasar Awam Taman Johor Jaya ditutup seminggu

San San (kiri) bersama-sama pasukannya sedang melakukan persiapan untuk mensanitasi Pasar Awam Taman Johor Jaya, Johor Bahru yang diarah tutup seminggu.
San San (kiri) bersama-sama pasukannya sedang melakukan persiapan untuk mensanitasi Pasar Awam Taman Johor Jaya, Johor Bahru yang diarah tutup seminggu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengarahkan Pasar Awam Taman Johor Jaya di sini tutup serta-merta susulan beberapa kes positif Covid-19 dikesan melibatkan premis berkenaan baru-baru ini.

Ahli MBJB Zon Johor Jaya, Chan San San berkata, penutupan pasar awam tersebut bermula Rabu hingga 7 September ini untuk mengawal penularan wabak berkenaan.

"Pihak MBJB dimaklumkan terdapat sekurang-kurangnya sembilan individu dilaporkan positif Covid-19 daripada kawasan berkenaan.

"Kesemua sembilan individu berkenaan diarahkan untuk menjalani tempoh kuarantin di rumah. Kerja sanitasi dilakukan di sekitar pasar ini namun esok (Khamis), MBJB akan melakukan kerja-kerja sanitasi di kawasan ini sekali lagi," katanya ketika ditemui pemberita ketika melawat pasar itu pada Rabu.

Beliau menasihatkan pengunjung pasar awam tersebut dalam tempoh beberapa hari lalu untuk melakukan ujian saringan dan kuarantin di rumah.

Kata beliau, sekiranya mereka menunjukkan simptom atau mempunyai masalah kesihatan, perlu mendapatkan rawatan dengan segera.

Menurutnya, ekoran penutupan pasar berkenaan, peniaga yang sebelum ini beroperasi di luar premis juga diminta untuk menghentikan operasi mereka untuk sementara waktu.

Artikel Berkaitan: