X

Kindly register in order to view this article
!

Ditahan rogol adik angkat

A
A

PORT DICKSON - Lelaki berusia 24 tahun ditahan di Jempol pada Rabu lalu, selepas disyaki merogol adik angkatnya berusia 14 tahun di sebuah hotel di sini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, perbuatan suspek terbongkar selepas remaja berkenaan menceritakan kejadian itu kepada keluarga.

"Mangsa yang telah dua hari tidak pulang ke rumah telah ceritakan kepada keluarga, dia diajak keluar oleh suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolahnya pada 20 Februari lalu.

"Mangsa keluar bersiar-siar dengan suspek di Port Dickson pada jam 7 malam dan kemudian dibawa ke sebuah hotel di Telok Kemang kira-kira jam 2 pagi," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, suspek telah melakukan hubungan seks dengan mangsa dua kali sebelum keesokan harinya mendaftar keluar hotel dan dibawa ke rumah keluarga suspek selama dua hari.

Bagaimanapun, keluarga suspek telah menghantar mangsa pulang ke rumahnya selepas mendapat tahu laporan polis dibuat keluarga mangsa mengenai kehilangannya.

"Mangsa beritahu keluarga yang suspek telah merogolnya sebelum keluarga membuat laporan di Balai Polis Jempol untuk tindakan lanjut, pada Rabu lalu.

"Bertindak atas laporan, polis telah mengesan suspek dan berjaya menahannya di sekitar Jempol, pada jam 10.30 malam hari sama," katanya.

Beliau berkata, suspek direman selama enam hari sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.