Lelaki ditemui kritikal dalam stor meninggal dunia

Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di Jalan Kuari Brinchang, Cameron Highlands pada Rabu. - Foto: Ihsan Bomba
Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di Jalan Kuari Brinchang, Cameron Highlands pada Rabu. - Foto: Ihsan Bomba
A
A
A

CAMERON HIGHLANDS - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki ditemui dalam keadaan kritikal di dalam stor berhampiran sebuah rumah yang terbakar di Jalan Kuari Brinchang di sini pada petang Rabu.

L Ramasamy, 53, yang ditemui oleh pihak bomba kemudiannya dihantar ke Hospital Tanah Rata, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Ketua Zon 3, Penguasa Bomba, Shahrul Nizam Nasir berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada jam 2.17 petang.

Menurutnya, seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands dan Ringlet bergegas ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

"Dalam kejadian tersebut, sebuah rumah separuh kekal musnah terbakar kira-kira 90 peratus.

"Seorang lelaki dewasa turut ditemui di dalam sebuah stor berhampiran kira-kira lima meter dari rumah terbabit," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Ujarnya, punca kematian mangsa kini dalam siasatan hospital.

"Operasi tamat pada jam 3.37 petang dan jumlah kerugian serta punca kejadian masih dalam siasatan," jelasnya.

Artikel Berkaitan: