Dua kluster diisytihar di Limbang, Sarawak

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUCHING - [DIKEMAS KINI] Dua kluster baharu diisytiharkan di Sarawak hari ini dengan melibatkan rumah panjang dan kluster tapak pembinaan di daerah Limbang.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, sejumlah 70 orang dikesan positif Covid-19 daripada 174 yang disaring di Rumah Manggi Kampung Menuang Baru melibatkan Kluster Menuang Baru.

Kluster Sebayan-Talun pula melibatkan sebuah tapak pembinaan di Kem Stalun Fly dan Kem Sebayang di Long Rayeh dengan 16 orang dikesan positif.

Hari ini, Sarawak merekodkan 2,414 kes baharu dengan 2,407 daripadanya adalah dalam kategori satu dan dua (tiada gejala dan gejala ringan), tiga kes kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) serta empat kes kategori lima (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator).

JPBN menyebut jumlah kes baharu berkenaan menjadikan kumulatif kes penyakit itu di Sarawak meningkat kepada 118,972.

Tujuh kematian baharu dicatatkan menjadikan jumlah korban keseluruhan meningkat kepada 533 orang. - Bernama

Artikel Berkaitan: