X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 03 Julai 2022

Hui Yin, Fadhlina dipilih sebagai Ahli Dewan Negara

Gambar dari kiri: Fadhlina, Lim Hui Ying
A
A

GEORGE TOWN - Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini meluluskan usul melantik peguam, Fadhlina Datuk Sidek dan Setiausaha DAP negeri, Lim Hui Ying sebagai Ahli Dewan Negara.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan Timbalan Ketua Menteri II, Prof P Ramasamy masing-masing mencadangkan Fadhlina dan Hui Ying dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili negeri berkenaan untuk tempoh tiga tahun.

Ahmad Zakiyuddin berkata, dengan pengalaman yang ada pada kedua-dua calon ini, mereka akan mampu menyampaikan suara rakyat negeri ini di peringkat persekutuan.

"Atas pengalaman yang mendalam dan luas, kedua-dua calon ini, saya berpendapat dan percaya bahawa pelantikan mereka sebagai anggota Dewan Negara akan membolehkan hasrat dan suara rakyat Pulau Pinang didengari di peringkat yang lebih tinggi," katanya pada persidangan DUN di sini pada Rabu.

Hui Ying merupakan calon yang dipilih semula sebagai Ahli Dewan Negara manakala Fadhlina telah dilantik bagi mengantikan Mohd Yusmadi Mohd Yusoff yang tempoh perkhidmatan penggal sebelum ini tamat pada 26 Ogos lepas.

Hui Ying, 58, pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera (Ekonomi) Universiti Malaya pernah dilantik sebagai Pengarah Kempen Pilihan Raya Umum ke-13 dan Pilihan Raya Umum ke-14 bagi parti DAP yang menyaksikan parti itu memenangi kesemua kerusi yang ditandingi di Pulau Pinang.

Fadhlina, 44, dilahirkan di Petaling Jaya Selangor, mempunyai pengalaman luas dalam literasi undang-undang keluarga Islam, perlindungan serta keselamatan kanak-kanak dan kini mempunyai firma guaman syarie sendiri. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!