Zip seragam sekolah melekat pada kelopak mata...

No Image Caption
A
A
A

SEORANG remaja dari sebuah sekolah menengah di China terpaksa menahan sakit hampir sejam apabila zip pakaian sekolahnya melekat pada kelopak mata ketika dia cuba memakai pakaian tersebut.

Susulan insiden yang berlaku di Yueyang City di wilayah Hunan itu, anggota bomba terpaksa menggunakan pelbagai peralatan untuk menarik zip tersebut daripada kelopak mata remaja berkenaan.

Gadis itu juga mula berteriak ketika anggota bomba melakukan tugas mereka.

Selepas 40 minit, zip pada kelopak mata mangsa berjaya dibuang dan dia bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan serius. - Newsflare

Artikel Berkaitan: