Empat lokaliti di Sabah dikenakan PKPD

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM – Empat lokaliti di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa 3 September hingga 16 September depan.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, PKPD di Sabah membabitkan Perumahan Pekerja Ladang Mayvin 2, Telupid; Kampung Tagaroh, Kota Marudu; kuarters dan Kilang Papan Cargo Timber, Kampung Biah, Keningau dan Kampung Dumpiring Bawah, Ranau.

"PKPD di lokaliti terbabit dilaksanakan setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19.

"Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Dalam kenyataan yang sama, beliau turut mengumumkan penamatan PKPD di beberapa lokaliti di Johor dan Sabah bermula 2 September ini.

"Bagi Sabah ia melibatkan empat kawasan iaitu di Kampung Tanjong Pagar, Sipitang; Kampung Padang Tembak, Keningau; Kampung Jawa, Tawau dan Setinggan Kampung Baru Luyang, Penampang.

"Untuk Johor kawasan yang ditamatkan PKPD ialah di Ladang Sungai Kahang, Kluang," katanya.

Artikel Berkaitan: