Rumah-i tawar penyelesaian kepada pasaran penyewaan hartanah

Rumah-i
Rumah-i
A
A
A

KUALA LUMPUR - Platform penyewaan rumah, Rumah-i, menawarkan perkhidmatan pengurusan hartanah yang komprehensif, termasuk penyenaraian hartanah, janji temu meninjau hartanah dan ciri-ciri lain yang berkaitan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Bryan Tan dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, antara lain, platform itu boleh membantu mengurangkan penipuan dalam proses penyewaan rumah, kerana ia membolehkan pemilik rumah menilai kredibiliti penyewa.

Beliau berkata, platform penyewaan rumah yang pertama di pasaran itu menggunakan teknologi Electronic Know-Your-Customer (e-KYC) seperti pengecaman wajah dan pengesahan identiti.

e-KYC merupakan teknologi keselamatan dan pengesahan tanpa kertas yang digunakan untuk mengesahkan identiti pengguna bagi sebarang transaksi digital.

“Kami juga menjadi yang pertama melaksanakan tandatangan di hujung jari untuk menggantikan cara konvensional tandatangan secara tulisan tangan,” katanya sambil menambah syarikat itu akan terus melabur dalam inovasi untuk memperkenalkan instrumen baharu kepada pasaran.

Bryan berkata, Rumah-i menyediakan percubaan percuma bagi perkhidmatan penyewaan digitalnya dan menawarkan pengguna diskaun RM99 untuk perkhidmatan penyewaan digital Rumah-i, yang boleh dituntut dengan menaip kod promo ‘rentwithrumahi’.

Aplikasi Rumah-i boleh dimuat turun di Google Playstore atau aplikasi Apple Store.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh melayari pautan https://rent.rumah-i.com/. - Bernama

Artikel Berkaitan: