X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

‘War room’ MOTAC pantau perancangan kementerian

Dari kiri: Santhara, Nancy dan Noor Zari ketika sidang media di sini pada Rabu.
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menubuhkan sebuah ‘war room’ bagi memantau pelaksanaan perancangan disasarkan kementerian tersebut dalam tempoh 100 hari.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ‘war room’ diwujudkan itu akan menjadi mekanisme yang digunakan kementeriannya untuk memastikan pelaksanaan dijalankan mencapai sasaran ditetapkan.

“'War room’ itu akan jadi platform untuk memantau pencapaian sendiri sebelum orang lain menilai apa yang kami lakukan.

“Dengan itu, akan ada semak dan imbang dalam kalangan kami (MOTAC),” katanya dalam sidang media di bangunan MOTAC di sini pada Rabu.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri MOTAC, Datuk Seri Dr Santhara Kumar dan Ketua Setiausahanya, Datuk Dr Noor Zari Hamat.

Nancy berkata, beliau mencadangkan sebuah jawatankuasa petugas pelaksanaan diwujudkan dengan dibarisi oleh pegawai yang berkaitan untuk menangani isu-isu berkaitan kementerian berkenaan.

Kata beliau, tugas jawatankuasa tersebut akan berpandukan kepada Dasar Pelancongan Negara 2022-2030 dan Pelan Strategik MOTAC 2021-2025.

Dalam pada itu, Nancy memaklumkan bahawa pihaknya mewujudkan satu talian yang dibuka kepada semua pihak untuk berkongsi idea dan kritikan mengenai isu pelancongan, seni dan kebudayaan negara.

“Satu emel iaitu [email protected] diwujudkan untuk dijadikan sebagai platform bagi semua pihak termasuk daripada pejabat MOTAC memberi komen dan pandangan berkaitan keadaan semasa berkaitan pelancongan, seni dan budaya.

“Ruang ini dibuka kepada semua pihak. Kami mahu kritikan membina berhubung apa yang mereka rasa dan perlu dibantu atau kami baiki,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!