X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

MBM lancar Tabung Kemenangan buat Ziyad

Foto Bernama. Gambar kecil: Wan Mohd Husni
A
A

MAJLIS Belia Malaysia (MBM) melancarkan 'Tabung Kemenangan' buat atlet lontar peluru paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli.

Ketua Penerangan MBM, Wan Mohd Husni Abdullah berkata, ia sebagai insentif kepada kejayaannya di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 meskipun kemenangannya telah dibatalkan.

"Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Maybank bernombor 5640 2540 3782 (Tabung Kemanusiaan Majlis Belia Malaysia) dengan rujukan ‘WIRA ZIYAD’.

"MBM bersama seluruh rakyat Keluarga Malaysia amat menghargai penat lelah dan usaha yang ditunjukkan oleh Muhammad Ziyad dan rakan-rakannya," katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian pada Rabu.

Menurutnya, MBM berharap pihak kerajaan dapat mengiktiraf kemenangan Muhammad Ziyad sama tahapnya seperti kemenangan atlet lain yang menyumbang pingat untuk negara.

"Muhammad Ziyad juga berhak menerima insentif yang setimpal daripada pihak kerajaan," katanya.

Sementara itu, MBM menyifatkan kem Ukraine tidak mempunyai semangat kesukanan yang tinggi apabila meraih pingat emas dalam acara lontar peluru atas alasan teknikal.

"Tidak dinafikan peraturan dan perundangan sukan membenarkan mana-mana atlet melakukan protes.

"Tetapi di tahap tertinggi seperti paralimipik, elemen sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana ia melambangkan betapa rendahnya semangat kesukanan yang ada pada diri anda," katanya.

Dalam pada itu, MBM berharap Muhammad Ziyad kekal tenang kerana beliau akan tetap diraikan sebagai wira negara.

Ujarnya, MBM juga akan tetap berdiri di belakang atlet itu atas segala pengorbanan yang telah dilakukan dalam mengejar aksi di Paralimpik Tokyo 2020.

"Terima kasih juga kepada kem Malaysia yang diketuai Datuk Seri Megat D Shariman Zaharudin yang bertungkus lumus dalam melancarkan bantahan kepada penganjur.

"Tahniah kerana anda telah melakukan yang terbaik," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!