Proton Iswara rempuh SJR PKPD

Barangan di bawah khemah berselerak selepas sebuah kereta jenis Proton Iswara yang dipandu individu bertindak merempuh Sekatan Jalan Raya (SJR) di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lokaliti Kampung Talak, Chabang Empat Tumpat, Tumpat pada Rabu. - Foto media sosial

A
A
A

KOTA BHARU - Sebuah kereta jenis Proton Iswara dipandu oleh seorang individu merempuh Sekatan Jalan Raya (SJR) di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dalam kejadian di Kampung Talak, Chabang Empat Tumpat di sini pada Rabu.

Kejadian berlaku pada jam 11.45 pagi itu menyebabkan petugas barisan hadapan hampir mendapat kecelakaan.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud, berkata, kejadian berlaku semasa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Rakyat (Rela) bertugas di Point ke-2 PKPD Kampung Talak, Chabang Empat Tumpat.

“Semasa mereka bertugas di SRJ itu, sebuah kereta jenis Proton Iswara berwarna hitam merempuh khemah Point ke-2.

“Pemandu kereta tersebut kemudian melarikan diri secara mengundurkan keretanya dan dikejar oleh pengadu namun suspek dapat meloloskan diri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Katanya, semasa mengejar kereta tersebut, pengadu sempat mengambil nombor pendaftaran kenderaan berkenaan.

Kerusi tempat duduk petugas patah dan terbalik dirempuh sebuah kereta jenis Proton Iswara dalam kejadian di Chabang Empat Tumpat, Tumpat pada Rabu. - Foto media sosial
Kerusi tempat duduk petugas patah dan terbalik dirempuh sebuah kereta jenis Proton Iswara dalam kejadian di Chabang Empat Tumpat, Tumpat pada Rabu. - Foto media sosial

“Selepas itu, kereta tersebut terus beredar dari tempat kejadian dan gagal dikesan.

Artikel Berkaitan:

“Dalam kejadian ini, pengadu tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya barang-barang di bawah khemah rosak,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya kini menjalankan gerakan mencari pelaku bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 26(2) Akta polis 1967. Pelaku boleh dihukum penjara maksimum 12 bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” katanya.