Ahmad Zahid gesa menteri, timbalan menteri tidak guna pendekatan lama

Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa agar menteri dan timbalan menteri yang baru dilantik tidak menggunakan pendekatan lama yang menimbulkan kemarahan, kekecewaan dan keresahan rakyat.

Menurut Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, kesemua yang dilantik tersebut seharusnya menggunakan cara baharu dan membuktikan bahawa mereka bukan seperti yang disindir dan dikritik oleh masyarakat sebelum ini.

"Rakyat menaruh harapan tinggi kepada seramai 31 menteri dan 38 timbalan menteri yang diumumkan baru-baru ini meskipun majoriti anggota kabinet kerajaan lama, tetapi mereka kini berkhidmat di bawah kerajaan baharu.

"Pendekatan lama yang menimbulkan kemarahan, kekecewaan dan keresahan rakyat jangan diulang.

"Fokus utama menurunkan kes jangkitan Covid-19 dan mempercepatkan imuniti kelompok serta memulihkan ekonomi rakyat dan negara. Tiada lagi sindrom penafian dengan alasan yang 'annoying'," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Rabu.

Tambah beliau, kiraan tempoh 100 hari perlu dijadikan penanda aras dan jangan sesekali mensia-siakan harapan rakyat.

"Kerajaan baharu dikatakan kerajaan 'result oriented', maka buktikan penghasilan yang terbaik, insyaALLAH," katanya.

Artikel Berkaitan: