Hospital Duchess of Kent, Sandakan buka wad Covid-19 tambahan

Hospital Duchess of Kent (HDOK) mengambil langkah proaktif, dengan membuka lebih banyak wad bagi menampung kemasukan pesakit Covid-19 yang memerlukan bantuan oksigen.
Hospital Duchess of Kent (HDOK) mengambil langkah proaktif, dengan membuka lebih banyak wad bagi menampung kemasukan pesakit Covid-19 yang memerlukan bantuan oksigen.
A
A
A

SANDAKAN - Hospital Duchess of Kent (HDOK) di sini mengambil langkah proaktif, dengan membuka lebih banyak wad bagi menampung kemasukan pesakit Covid-19 yang memerlukan bantuan oksigen.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr Rose Nani Mudin berkata, sebuah wad perubatan perempuan dengan 38 katil di hospital itu, telah dijadikan wad Covid-19.

Beliau berkata, HDOK mempunyai 166 port oksigen dan 42 tangki oksigen, yang masing-masing mempunyai kapasiti 3,000 liter dan 6,000 liter.

“Selain itu, bagi menampung keperluan oksigen di HDOK, pihak hospital telah mendapatkan 10 tangki oksigen dari Hospital Kinabatangan dan 20 lagi dari Hospital Beluran,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sehingga Selasa, Sandakan mencatatkan 3,294 kes aktif namun sebagai hospital Covid-19, HDOK turut merawat pesakit dari daerah berhampiran seperti Kinabatangan, Beluran, Telupid dan Tongod.

Dr Rose Nani berkata, data Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menunjukkan, 80 hingga 90 peratus pesakit yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi belum divaksin, dan menggesa semua penduduk untuk segera mendapatkan suntikan vaksin. - Bernama

Artikel Berkaitan: