Pemulihan bekalan air capai tahap 26 peratus

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Pemulihan bekalan air di 463 kawasan terjejas susulan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih akibat insiden pencemaran bau sudah mencapai tahap 26 peratus.

Air Selangor menerusi kemas kini di Facebook rasminya memaklumkan, peratus pemulihan mengikut kawasan adalah 43.3 peratus di Sepang, Hulu Langat (61.1 peratus), Putrajaya (17.4 peratus) manakala Kuala Langat masih kosong peratus.

Menurut kenyataan itu, tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

"Bekalan air di kesemua 463 kawasan yang terjejas akan diterima secara berperingkat dan dijangka pulih sepenuhnya jam 12 tengah malam pada Jumaat.

"Jadual pelan pemulihan bekalan air boleh dirujuk di www.airselangor.com atau Instagram Instastory dan Facebook Story," menurut kemas kini setakat jam 1 tengah hari, Rabu.

Menurut kenyatan itu, bantuan bekalan air alternatif melalui lori tangki air terus digerakkan kepada pengguna dan premis-premis kritikal di kawasan yang terjejas sepanjang gangguan bekalan air tidak berjadual tersebut.

Artikel Berkaitan: