Kes baharu Covid-19 catat penurunan, 18,762 kes hari ini

Noor Hisham
Noor Hisham
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kes harian baharu Covid-19 di negara ini mencatatkan penurunan dengan 18,762 kes dilaporkan pada Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini adalah sebanyak 1,765,016 kes.

“Selangor melaporkan 3,711 kes, diikuti Sabah (2,430), Sarawak (2,414), Johor (1,993), Pulau Pinang (1,762), Kedah (1,585) dan Kelantan (1,504).

“Perak (899), Pahang (715), Kuala Lumpur (573), Terengganu (506), Melaka (309), Negeri Sembilan (291), Putrajaya (34), Perlis (33) dan Labuan (tiga),” katanya dalam hantaran di Facebook rasminya pada Rabu.

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam kenyataan memaklumkan daripada jumlah berkenaan, 18,757 daripadanya adalah kes tempatan manakala lima lagi kes import yang membabitkan tiga warganegara dan dua bukan warganegara.

Menurutnya, sebanyak 21,073 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan individu yang sembuh daripada pandemik Covid-19 di negara ini kini mencecah 1.4 juta.

"Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula sebanyak 265,274, manakala kes yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) kini merekodkan 1,007 orang di mana 464 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan," katanya.

Khairy berkata, terdapat 278 kes kematian baharu yang dilaporkan di mana 65 daripadanya adalah kes mati ketika dibawa atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Artikel Berkaitan:

"Setakat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 42 kluster baharu menjadikan jumlah keseluruhan adalah 4,773 kluster," katanya.