Wanita warga Indonesia maut nahas

Mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kemalangan di Jalan Pahang, Kuala Lumpur pada Rabu.
Mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kemalangan di Jalan Pahang, Kuala Lumpur pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang wanita warga Indonesia maut apabila motosikal yang ditunggang melanggar sebuah lori di Jalan Pahang, di sini pada Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, dalam kejadian pada jam 10 pagi, mangsa berusia 43 tahun itu menunggang motosikal dari arah Setapak menghala ke bulatan Jalan Pahang.

"Mangsa kemudian telah melanggar sisi kanan belakang sebuah lori yang keluar dari simpang kiri Jalan Persiaran Titiwangsa 3 yang cuba memandu melintas jalan ke sebelah kanan untuk memasuki lorong khas pusingan U," katanya melalui kenyataan pada Rabu.

Sarifudin berkata, akibat pelanggaran tersebut mangsa telah tercampak di atas jalan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

"Mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. Pemandu lori itu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan ataupun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana - mana balai polis berhampiran," katanya.

Artikel Berkaitan: