Bersatu dijangka setuju jika kerajaan laksana CSA

Hamzah pada sidang akhbar khas di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya pada Rabu.
Hamzah pada sidang akhbar khas di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya pada Rabu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijangka bersetuju sekiranya kerajaan melaksanakan perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) antara parti politik dalam negara ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ini kerana CSA adalah sesuatu yang baik bagi menentukan kestabilan dalam negara.

“Kita tidak mahu lagi cerita haru-biru politik yang kata esok kerajaan jatuh atau lusa kerajaan jatuh.

“Ini adalah sesuatu yang boleh menyebabkan ketidakstabilan bukan hanya politik tetapi juga program-program yang kita tentukan bagi membangun negara kita,” katanya pada sidang akhbar khasnya di Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini pada Rabu.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: