Aliff Aziz mohon maaf

Instagram Aliff Aziz
Instagram Aliff Aziz
A
A
A

SELEPAS memilih berdiam diri dalam menghadapi kontroversi rumah tangga dan didakwa curang buat kali kedua, pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz akhirnya tampil memohon maaf menerusi satu sesi live dan status di Insta Stories Instagramnya.

No Image Caption

Bagaimanapun ujar selebriti 28 tahun ini, dia memilih untuk berdiam diri sebelum ini kerana sedar kesilapan yang dilakukan dan tidak berniat untuk menegakkan benang yang basah lagi.

"Saya sedar kesilapan saya dan tak kira apa yang saya perkatakan, ia tidak memberi makna apa-apa kepada orang lain, seperti semua orang tahu apa yang berlaku dan sudah mempunyai penilaian mereka sendiri.

"Saya mohon maaf kepada semua untuk kekhilafan saya kali ini walaupun saya tahu tidak mampu mengubah apa-apa," jelasnya.

No Image Caption

Tiga hari lalu isteri Aliff, Bella Astillah mendedahkan Aliff menjalinkan hubungan dengan pelakon Oktovia Manrose dan mereka dikatakan keluar ke kelab malam berdua.

Sebelum ini, rumah tangga Aliff dan Bella pernah terpalit dengan kontroversi apabila bintang yang berasal dari Singapura itu dikatakan menjalinkan hubungan bersama heroin gandingannya, Afifah Nasir pada tahun 2017.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Bagaimana tidak lama kemudian, Bella memberitahu dia sudah memaafkan Aliff dan memberinya peluang kedua dalam satu sidang media.