Kerajaan Selangor tidak sensitif isu HSKKLU: Rizam

Rizam Ismail
Rizam Ismail
A
A
A

SHAH ALAM - Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menyifatkan kerajaan negeri tidak peka dan sensitif apabila meluluskan penyahwartaan 536.7 hektar Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Utara (HSKKLU).

Ketuanya, Datuk Rizam Ismail berkata, tindakan menyahwarta itu jelas menjejaskan kelestarian alam di kawasan terbabit.

Menurutnya, status keseluruhan hutan simpan itu sepatutnya dipertahan meskipun kerajaan negeri memberi alasan hanya mahu mengambil sebahagian sahaja kawasan berkenaan.

"Langkah penyahwartaan ini sudah tentu mengecilkan saiz hutan simpan ini walaupun kerajaan negeri meluluskan kawasan gantian melibatkan beberapa kawasan lain di negeri ini," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Rabu.

Rizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar berkata, kawasan hutan simpan itu perlu dipertahan kerana ia berperanan dalam pemuliharaan flora dan fauna selain bertindak sebagai kawasan tadahan air.

Katanya, HSKKLU merupakan hutan paya gambut yang mempunyai keunikan biodiversiti dan fungsi ekosistem yang penting untuk penduduk sekitar

"Walaupun mungkin kerajaan negeri melihat ada keperluan ekonomi, tetapi implikasi masa depan harus menjadi keutamaan kerana tidak mahu ekosistem sedia ada terganggu.

"Hutan ini adalah tanah adat bagi komuniti Temuan yang bergantung kepada hutan ini lebih 120 tahun.

Artikel Berkaitan:

"Kehilangan hutan ini tentunya menjejaskan penduduk di kampung berkenaan untuk hidup dalam persekitaran yang bersih dan selamat," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Seluruh masyarakat bantah penyahwartaan HSKL