Little Joe, FAM jalin kerjasama

Jenama penyegar udara terkenal Switzerland, Little Joe kini menembusi pasaran Malaysia dan menjalin kerjasama dengan skuad kebangsaan Harimau Malaya.
Jenama penyegar udara terkenal Switzerland, Little Joe kini menembusi pasaran Malaysia dan menjalin kerjasama dengan skuad kebangsaan Harimau Malaya.
A
A
A

JENAMA penyegar udara terkenal Switzerland, Little Joe telah menjalinkan kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menyaksikan peminat Harimau Malaya berpeluang mendapatkan penyegar udara kereta edisi khas Little Joe-Harimau Malaya.

Penyegar udara kereta edisi khas Little Joe-Harimau Malaya yang berbentuk 3D itu merupakan rekaan pertama di Malaysia di mana ia tidak menggunakan cecair pewangi dan telah dihasilkan di Itali.

Exco FAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penajaan dan Pemasaran FAM, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata usaha sama terbaharu FAM ini menunjukkan industri bola sepak kini mampu memberikan nilai komersial yang tinggi kepada barisan penaja.

“Meskipun keadaan pandemik Covid-19 masih lagi melanda negara, nilai komersial yang boleh diberikan oleh sukan bola sepak masih lagi mampu untuk menarik perhatian penaja.

“Kolaborasi pertama bersama Little Joe ini juga melambangkan syarikat-syarikat korporat sudah mula memberikan perhatian terhadap arena bola sepak di mana setiap pembelian produk Little Joe-Harimau Malaya ini akan disalurkan kepada pembangunan bola sepak negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, ia selari dengan visi Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang sering mengingat dan menggalakkan kolaborasi bersama jenama antarabangsa dan tempatan bagi meluaskan lagi jangkauan jenama Harimau Malaya.

Sempena Hari Kebangsaan, Little Joe juga telah menampilkan set kotak Little Joe istimewa yang menampilkan barangan eksklusif Little Joe-Harimau Malaya seperti penyegar udara edisi khas Little Joe – Harimau Malaya, kain Microfiber dan t-shirt Little Joe-Harimau Malaya dan akan dipasarkan pada harga RM149 menerusi Shopee dan Lazada.

Bagi fasa pertama pengedaran penyegar udara kereta edisi terhad Little Joe-Harimau Malaya ini, peminat skuad kebangsaan boleh mendapatkan produk berkenaan menerusi Shopee dan Lazada pada harga RM24 dan ia akan mula dipasarkan di semua pam stesen minyak Petronas dan BHP bermula Oktober ini.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Little Joe Malaysia, Mohamad Farhan Mohd Fawzi meluahkan rasa berbesar hati di atas jalinan kerjasama bersama badan induk bola sepak negara itu.

“Little Joe Malaysia amat berbangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada penyumbang dalam pembangunan bola sepak negara. Besar harapan kami agar penyegar udara jenama Little Joe ini akan tempat di hati setiap rakyat Malaysia," ujarnya.

Tambahnya lagi, untuk menjadikan produk ini lebih meriah di pasaran, Little Joe Malaysia akan menganjur pertandingan ‘Beli dan Menang’ dengan pemenang bertuah akan membawa pulang set eksklusif Little Joe-Harimau Malaya yang bernilai RM190 serta ditandatangani pemain skuad Harimau Malaya.