MOSTI fokus inovasi bentuk ekonomi: Dr Adham

Adham (kiri) dan mengadakan pertemuan secara maya bersama warga kerja Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi semasa memulakan tugas rasmi di kementerian berkenaan hari ini.
Turut sama timbalannya, Datuk Amzad Mohamed (dua dari kiri). Foto Bernama
Adham (kiri) dan mengadakan pertemuan secara maya bersama warga kerja Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi semasa memulakan tugas rasmi di kementerian berkenaan hari ini. Turut sama timbalannya, Datuk Amzad Mohamed (dua dari kiri). Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba yang memulakan tugas secara rasmi di kementeriannya di sini pada Rabu berkata, tumpuan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) adalah untuk mengetengahkan bidang inovasi dalam bentuk ekonomi.

Ini termasuk perancangan mengenai kaedah inovasi yang boleh meningkatkan ekonomi masyarakat selain memberi sumbangan kepada dunia dengan menjadi pengeksport dalam bidang sains dan teknologi, katanya.

"Kita juga akan meningkatkan penglibatan individu yang memerlukan khidmat MOSTI dalam memastikan kecemerlangan dalam bidang inovasi, sains dan teknologi," katanya dalam sesi interaksi bersama Ketua Setiausaha MOSTI, Datuk Ir Dr Siti Hamisah Tapsir dan warga kementerian secara maya.

Dr Adham bersama 29 menteri dan 37 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Isnin lepas.

Dr Adham adalah Menteri Kesihatan pada pentadbiran terdahulu manakala Khairy Jamaluddin adalah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang kini berpindah ke Kementerian Kesihatan. - Bernama

Artikel Berkaitan: