Rileks, bertenang: Uncle Kentang

Chee Heng memuat naik status seolah-olah mengetahui dirinya bakal kalah dalam PRK DUN Semenyih.
Chee Heng memuat naik status seolah-olah mengetahui dirinya bakal kalah dalam PRK DUN Semenyih.
A
A
A

SEMENYIH- “Jangan kamu risau untuk aku. Aku dah bersedia menerima yang buruk,” demikian status dimuat naik calon Bebas PRK DUN Semenyih, Kuan Chee Heng dalam akaun Facebooknya sebentar tadi.

Seolah-olah mengetahui dia akan berdepan kekalahan dalam pertarungan empat penjuru itu, Chee Heng yang turut dikenali sebagai Uncle Kentang meminta pengikut di akaun Facebook miliknya tidak berdukacita.

“Tolong ‘rileks’. Saya hanya mencari 50 undi ke 100 undi. Jangan kamu risau untuk aku. Aku dah bersedia menerima yang buruk. Tetapi saya mahu pengikut jangan berdukacita.

“Kita telah cipta satu rangkaian orang susah di Semenyih dah. So rileks ye. Jangan bersusah hati untuk uncle,” tulisnya dalam status itu.

Beliau dapat menjangkakan akan kalah teruk dalam PRK menentang tiga lagi calon, masing-masing Zakaria Hanafi (BN); Muhammad Aiman Zainali (PH) dan Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul.

Bagaimanapun, Chee Heng berasa lega dan tenang kerana impiannya bertanding mewakili orang susah dipenuhi.

“Uncle memang sah kalah teruk dan mungkin dapat 50 undi sahaja, tapi uncle telah memenuhi idaman uncle untuk bertanding untuk orang susah sekali.

"Uncle rasa lega dan tenang sekarang. Kita akan bertanding di Parlimen Puchong kelak.

Artikel Berkaitan:

"Itu baru baru betul betul ‘fight’. Saya akan bertanding sebagai calon Parlimen Puchong dalam pilihan raya akan datang,” katanya.