'Wujud satu komuniti sedia interaksi, bantu sesama rakyat'

Prof Dr Sivamurugan Pandian
Prof Dr Sivamurugan Pandian
A
A
A

SHAH ALAM – Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian berpandangan wujud satu komuniti di alam maya yang sedia berinteraksi dan berkomunikasi bagi membantu sesama mereka dalam menghadapi pandemik Covid-19.

Ujar beliau, kewujudan itu membawa masyarakat ke satu matlamat iaitu mereka masih perlu bersatu berhadapan dengan suasana yang melanda negara pada ketika ini.

“Bagi saya mungkin sebilangan mempunyai kesedaran palsu, tetapi majoritinya telah membuktikan sewaktu pandemik ini bagaimana wujud sifat kebergantungan, sifat perkongsian dan sifat kepunyaan jati diri yang tinggi.

“Kita lihat barisan hadapan kita. Pelbagai latar termasuk jururawat, doktor, polis, askar, pencuci tandas, pembersih, pemberi makanan. Kesemuanya daripada pelbagai latar.

“Kesemua itu menunjukkan ada sifat untuk bersama ketika berhadapan dengan pandemik ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Wacana Sinar edisi ke-285 yang bertajuk 'Merdeka: Dilema Selepas Enam Dekad' yang disiarkan di platform Sinar Harian pada Selasa.

Wacana Sinar edisi ke-285 yang bertajuk
Wacana Sinar edisi ke-285 yang bertajuk "Merdeka: Dilema Selepas Enam Dekad" menampilkan panelis, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian; Budayawan, Dr Lim Swee Tin dan Ketua Pengarah Eksekutif MCPlus Education Sdn Bhd, Sir Shakib manakala Edlynna Hanie Hamid selaku moderator.

Turut menjadi panelis, Budayawan, Dr Lim Swee Tin dan Ketua Pengarah Eksekutif MCPlus Education Sdn Bhd, Sir Shakib manakala Edlynna Hanie Hamid selaku moderator.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Sivamurugan berkata, semangat merdeka harus dirungkai dalam konteks perpaduan.

“Walaupun kita berbeza dari segi agama, etnik, ritual, kepercayaan, fahaman politik dan gender sekalipun, kita harus boleh bersama.

“Barulah kita mampu untuk mengadaptasi dan melakukan pengubahsuaian yang memberikan gambaran bahawa ini adalah satu tanggungjawab bersama,” menurutnya.