Kedah fokus industri desa terjejas akibat tragedi

Muhammad Sanusi (tengah) bersama Pengerusi PN Wilayah Persekutuan, Datuk Kapten (B) Suhaimi Yahya (kiri) dan Timbalan Pengerusi PN Kedah, Datuk Mohd Shuhaimi Abdullah.
Muhammad Sanusi (tengah) bersama Pengerusi PN Wilayah Persekutuan, Datuk Kapten (B) Suhaimi Yahya (kiri) dan Timbalan Pengerusi PN Kedah, Datuk Mohd Shuhaimi Abdullah.
A
A
A

YAN - Kerajaan Negeri Kedah akan memberi perhatian terhadap industri pelancongan desa yang terjejas akibat tragedi kepala air Gunung Jerai.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, bagi tujuan itu, kerajaan bersedia menyusun atur semula struktur sekalipun membabitkan proses yang panjang yang turut menitikberatkan aspek keselamatan.

Beliau yang juga Pengerusi PN Kedah berkata, antara yang akan diberi perhatian termasuk struktur bangunan calet di sepanjang sungai yang terjejas.

"Menerusi Baik Pulih Industri Pelancongan Desa kita kenal pasti sebanyak 14 pengusaha calet terjejas di sini," katanya ketika meninjau Pusat Operasi Bencana Perikatan Nasional (PN) di Kampung Acheh, pada Selasa.

Bagaimanapun kata beliau, pelbagai aspek perlu diambil kira membabitkan status hak milik tanah termasuk struktur yang dibina di kawasan rizab sungai.

"Kebanyakan kerosakan membabitkan struktur yang tidak boleh dibaik pulih misalnya calet di atas rizab sungai.

"Kerajaan ada undang-undang, masa bina dulu mungkin kita tak ambil cakna peraturan untuk pasca banjir sebelum kita bina semula bangunan, perlu dipastikan sama ada tanah itu bergeran, ada kebenaran dan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan," katanya.

Menurut beliau, Majlis Daerah Yan akan menentukan kaedah untuk memastikan semua struktur yang dibina berlandaskan peraturan dan undang-undang.

Artikel Berkaitan:

"Perkara ini penting untuk keselamatan pemilik dan pengunjung," jelasnya.