Ziyad hadiahkan pingat emas kedua negara

Muhammad Ziyad menghadiahkan pingat emas kedua negara dalam acara lontar peluru F20 di pentas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pada Selasa. -Foto Bernama
Muhammad Ziyad menghadiahkan pingat emas kedua negara dalam acara lontar peluru F20 di pentas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pada Selasa. -Foto Bernama
A
A
A

JAGUH lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli tampil persembahan cukup bergaya apabila menghadiahkan pingat emas kedua negara dalam acara lontar peluru F20 di pentas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pada Selasa.

Tampil dengan semangat Hari Kemerdekaan negara, atlet berusia 31 tahun tersebut mempamerkan aksi cukup bertenaga apabila memecahkan rekod dunia dalam lontaran pertamanya dengan catatan 17.31 meter (m).

Biarpun begitu, Ziyad yang merupakan antara sandaran negara untuk menghadiahkan pingat emas kembali disaingi Maksym Koval apabila atlet dari Ukraine tersebut kembali di depan dengan lontaran sejauh 17.34m.

Anak kelahiran Selangor yang tidak mudah mengalah tersebut dengan status pingat emas pada edisi Rio 2016 kembali di depan apabila merekodkan lontaran luar biasa dengan catatan 17.94m pada lontaran ketiga.

Artikel Berkaitan: