Kelantan tidak benarkan konvoi kenderaan

Shafien
Shafien
A
A
A

KOTA BHARU - Kelantan tidak membenarkan sebarang aktiviti konvoi kenderaan oleh mana-mana individu atau kumpulan sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak meluluskan sebarang permohonan membabitkan aktiviti itu kerana akan menyebabkan berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

“Polis akan terus membuat pemantauan terhadap pematuhan SOP yang sedang berkuatkuasa. Tindakan kompaun akan dikenakan kepada sesiapa yang gagal mematuhinya,” katanya dalam kenyataan akhbar pada Selasa.

Kata beliau, orang ramai khasnya warga di Kelantan dinasihatkan supaya mematuhi arahan pihak berkuasa.

“Orang ramai tidak boleh menjalankan sebarang aktiviti konvoi kenderaan mahupun melakukan perjumpaan di lokasi tumpuan sewaktu negara masih berdepan pandemik Covid-19.

“Patuhilah arahan semasa oleh pihak kerajaan bagi membendung dan memutuskan rantaian Covid-19,” katanya.

Artikel Berkaitan: