MoF terbitkan Kenyataan Pra-Belanjawan

MoF menerbitkan Kenyataan Pra-Belanjawan (KPB) untuk Belanjawan 2022 yang pertama dalam sejarah negara. - Foto Bernama
MoF menerbitkan Kenyataan Pra-Belanjawan (KPB) untuk Belanjawan 2022 yang pertama dalam sejarah negara. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MoF) pada Selasa menerbitkan Kenyataan Pra-Belanjawan (KPB) untuk Belanjawan 2022 yang pertama dalam sejarah negara.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam kenyataan berkata, melalui penerbitan KPB, rakyat berpeluang meneliti beberapa penanda aras seperti tinjauan ekonomi, status prestasi hasil percukaian dan status perbelanjaan 2021.

PBS turut memberikan gambaran awal mengenai hala tuju, pendekatan yang diambil serta manfaat yang bakal dinikmati daripada Belanjawan 2022.

“Langkah ini bertepatan dengan amalan terbaik di peringkat antarabangsa, iaitu KPB diterbitkan bagi meningkatkan ketelusan proses merangka inisiatif bajet tahunan, serta membina keyakinan awam terhadap pengurusan fiskal negara, terutamanya dalam kalangan pelabur.

“MOF yakin penerbitan KPB akan menyediakan lebih banyak peluang kepada pihak berkepentingan untuk memberi maklum balas masing-masing ke arah perangkaan sebuah belanjawan yang memenuhi keperluan rakyat, serta selaras dengan dasar dan objektif negara,” menurut Tengku Zafrul. - Bernama

Artikel Berkaitan: