SPRM pandang serius tawar rasuah dapatkan sijil vaksinasi

Azam
Azam
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius berhubung dakwaan orang ramai berkaitan kegiatan merasuah doktor bagi mendapatkan sijil vaksinasi tanpa menerima suntikan vaksin.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki dalam kenyataannya berkata, perbuatan tersebut bukan sahaja melibatkan isu rasuah, tetapi turut menjejaskan reputasi profesion pengamal perubatan sekali gus mencalarkan imej mereka sekiranya perkara itu benar-benar berlaku.

"Namun setakat ini, SPRM belum menerima sebarang aduan berkaitan isu berkenaan," katanya pada Selasa.

Bagaimanapun katanya, SPRM akan menyiasat dan melakukan risikan ke lokasi-lokasi yang disyaki melakukan perbuatan penyelewengan tersebut.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung salah laku itu boleh menghubungi SPRM di talian hotline 1-800-88-6000 atau portal aduan rasuah di portaladuan.sprm.gov.my.

Artikel Berkaitan: