KPDNHEP patahkan cubaan seludup minyak ke negara jiran

Hasil pemeriksaan lanjut menemui 18 tong jerikin berisi petrol dengan anggaran sebanyak 540 liter diletakkan di dalam but belakang kenderaan.
Hasil pemeriksaan lanjut menemui 18 tong jerikin berisi petrol dengan anggaran sebanyak 540 liter diletakkan di dalam but belakang kenderaan.
A
A
A

TUMPAT - Kegiatan seorang penyeludup membeli minyak petrol dari stesen ke stesen dalam kuantiti sedikit untuk dijual ke negara jiran berjaya dipatahkan oleh anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan pada Ahad.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri, Azanizam Affendi Juri berkata, pihaknya berjaya mengesan pergerakan sebuah kereta jenis Proton Saga melakukan kegiatan tersebut di stesen minyak berhampiran sempadan negara.

"Minyak petrol tersebut disyaki dibeli dari stesen ke stesen dan kemudian diisi dalam tong jerikin bagi mengaburi mata anggota penguat kuasa.

"Bagaimanapun, kami berjaya menahan sebuah kenderaan tempatan yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan berhampiran sebuah kedai di Pengkalan Kubor di sini," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, pemandu kenderaan berkenaan berjaya melarikan diri ke dalam semak berhampiran selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Kegiatan seorang penyeludup membeli minyak petrol dari stesen ke stesen dalam kuantiti sedikit untuk dijual ke negara jiran berjaya dipatahkan oleh anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan KPDNHEP Kelantan pada Ahad.
Kegiatan seorang penyeludup membeli minyak petrol dari stesen ke stesen dalam kuantiti sedikit untuk dijual ke negara jiran berjaya dipatahkan oleh anggota penguatkuasa Kementerian Perdagangan KPDNHEP Kelantan pada Ahad.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut menemui 18 tong jerikin berisi petrol dengan anggaran sebanyak 540 liter diletakkan di dalam but belakang kenderaan.

Katanya, barang kawalan dan kenderaan tersebut disita untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel Berkaitan:

"Nilai sitaan anggaran minyak petrol sebanyak RM1,100 dan harga kenderaan dianggarkan berjumlah RM5,000.

"Jika sabit kesalahan denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.

Azanizam Affendi berkata, orang ramai dinasihatkan supaya menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti penyeludupan khususnya di kawasan sempadan.

KPDNHEP jelas beliau, sentiasa mendapat kerjasama daripada Pasukan Polis Marin, Wilayah Tiga dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta agensi sempadan lain, dalam

menjalankan pemeriksaan dan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan barang kawalan yang diseludup ke negara jiran dapat dibanteras.