Sila log masuk terlebih dahulu.

MAIWP belanja RM40 juta bantu golongan terkesan Covid-19

Mohd Daud (dua dari kiri) pada Program Amal Merdeka dan Majlis Penyerahan Sumbangan Covid-19 di Masjid Abu Ubaidah, Taman Seri Rampai pada Selasa.
Mohd Daud (dua dari kiri) pada Program Amal Merdeka dan Majlis Penyerahan Sumbangan Covid-19 di Masjid Abu Ubaidah, Taman Seri Rampai pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) membelanjakan RM40 juta bagi membantu golongan menghadapi kesukaran sepanjang pandemik Covid-19 melanda.

Pengerusinya, Datuk Dr Mohd Daud Bakar berkata, MAIWP akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif lain dan di bawah program Prihatin Kasih Asnaf 3.0, MAIWP memperuntukkan sebanyak RM4.4 juta khusus buat 502,000 petugas barisan hadapan yang mengendalikan kes Covid-19.

Menurutnya, agihan kit barangan makanan itu dilaksanakan bermula Ogos sehingga Disember tahun ini dan sebagai tanda menghargai kesediaan mereka demi amanah agama dan negara.

"Sumbangan berupa kit barangan makanan itu diserahkan kepada mereka yang bertugas di 15 pusat menguruskan pesakit Covid-19 di Wilayah Persekutuan.

“Ia terdiri daripada sembilan buah pusat yang mengendalikan kes disyaki (PUI) dan sahih Covid-19 serta sebuah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

“Selain itu, lima buah Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) bagi menguruskan pesakit Covid-19 di Wilayah Persekutuan,” katanya di Masjid Abu Ubaidah, Taman Seri Rampai di sini pada Selasa.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Program Amal Merdeka dan Majlis Penyerahan Sumbangan Covid-19 kepada 100 penduduk terkesan anjuran pihak pengurusan Masjid Abu Ubaidah.

Dalam pada itu, Mohd Daud memuji pihak pengurusan masjid tersebut kerana sentiasa berkerjasama dengan pelbagai pihak dalam menjayakan program seperti itu tanpa bergantung kepada peruntukan MAIWP.

Artikel Berkaitan: