Osaka bermula langkah kanan di Terbuka AS

Naomi Osaka. - Foto AFP
Naomi Osaka. - Foto AFP
A
A
A

JUARA bertahan, Naomi Osaka memulakan kempen Terbuka Amerika Syarikat (AS) dengan langkah kanan apabila menewaskan pemain dari Republik Czech, Marie Bouzkova.

Pemain Jepun berusia 23 tahun itu berstatus pilihan tidak berdepan masalah untuk menjinakkan lawannya yang juga pilihan ke-87 dengan keputusan 6-4, 6-1 dalam tempoh 93 minit.

Kemenangan tersebut menyaksikan dia mara ke pusingan seterusnya menentang pemain kelayakan dari Serbia, Olga Danilovic dalam misi bergelar juara wanita Terbuka AS dua kali berturut-turut selepas Serena Williams menjuarainya tiga kali berturut-turut pada 2014.

Untuk rekod, Osaka sebelum ini berjaya menewaskan Bouzkova pada pusingan pertama Terbuka Australia dalam laluannya merangkul gelaran keempat Grand Slam tahun ini.

“Sejujurnya saya jenis pemain yang ingin juga menghiburkan orang ramai. Saya rasa tahun lalu saya benar-benar serius dalam kejuaraan ini. Apa pun saya tidak akan cuba melakukan servis gila atau yang seperti itu, lagi pun ini baru perlawanan pertama saya, dan percaya akan lebih fokus pada kali ini.

“Apa pun, perlawanan pada hari ini sungguh sukar apatah lagi sudah lama tidak menentang Bouzkova. Malah saya akui set pertama cukup mencabar, namun amat gembira apabila set kedua permainan saya bertambah baik,” kata Osaka.

Artikel Berkaitan: