Rafizi muat naik gambar, dakwa rakan karib Hadi

Gambar yang dimuat naik Rafizi di laman sosial Facebooknya, hari ini.
Gambar yang dimuat naik Rafizi di laman sosial Facebooknya, hari ini.
A
A
A
KUALA LUMPUR - Kontroversi mengenai isu Pas membayar RM1.4 juta kepada Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown semakin panas.

Ia berikutan tindakan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memuat naik sekeping gambar yang memaparkan pertemuan antara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama ahli perniagaan yang didakwa membayar wang berjumlah RM1.4 juta kepada Clare.

“Laporan berita sejak semalam menyatakan beliau adalah sahabat karib Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan sering ke rumah menantu presiden Pas itu termasuk pernah mengiringi beliau (Abdul Hadi) ke beberapa program. Sehingga kini, berita-berita ini tidak disangkal.

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam Clare sahkan nombor akaun bukan palsu

“Tiada salahnya, individu berkenaan rapat dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Saya juga tidak terkejut apabila beliau sanggup membayar RM1.4 juta untuk menyelamatkan maruah rakan karibnya. Ia satu tindakan terpuji,” katanya menerusi catatan Facebook hari ini.

Bagaimanapun, jelas Rafizi, yang salah apabila Pas tidak jujur dan cuba memutar belit demi kepentingan politik.

ARTIKEL BERKAITAN: Clare sahkan terima bayaran RM1.4j daripada Hadi

Barisan pimpinan Pas juga tidak memperbetulkan dakwaan anggota parti yang menabur pelbagai fitnah terhadap ahli perniagaan berkenaan. Walhal, individu tersebut begitu banyak membantu kewangan Pas selama ini.

"Akibat pelbagai tuduhan daripada penyokong maka ia menimbulkan pandangan buruk sekali gus mempersoalkan mengapa rakan karib yang membayar RM1.4 juta demi menyelamatkan maruah Presiden Pas, dilantik pula sebagai Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) oleh kerajaan PH.

"Namun, situasi ini jelas menunjukkan keterbukaan dan profesional kerajaan baharu yang tidak menghukum seseorang atas pegangan politik sehingga rakan karib Presiden Pas pun dilantik sebagai ketua GLC besar," jelasnya lanjut.

Artikel Berkaitan:

Apa yang dikesalkan kata Rafizi, sehingga hari ini Abdul Hadi tidak membela apatah lagi mengakui ahli perniagaan itu adalah sahabat karibnya atau mengiakan bahawa individu itu yang membayar RM1.4 juta sebagai sebahagian daripada perjanjian menamatkan kes saman di Mahkamah United Kingdom.

Terdahulu, Clare membuat pendedahan portal itu menerima bayaran RM1.4 juta daripada Abdul Hadi pada Januari lalu.

Menurut Clare, portal itu bersetuju untuk menerima bayaran tersebut termasuk syarat Abdul Hadi supaya kedua-dua pihak merahsikan pembayaran itu.