X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 17 Oktober 2021

Cubaan seludup minyak masak guna lori pasir gagal

Cubaan menyeludup 2,482 kg minyak masak ke negara jiran menggunakan lori pasir gagal apabila perbuatan tersebut berjaya dipatahkan oleh KPDNHEP Kelantan.
A
A

PASIR MAS - Cubaan menyeludup 2,482 kilogram (kg) minyak masak ke negara jiran menggunakan lori pasir gagal apabila kegiatan itu dikesan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan.

Ketua Pegawai Penguat kuasa Negeri, Azanizam Affendi Juri berkata, hasil risikan pasukan tersebut mengesan pergerakan pemunggahan minyak masak paket satu kilogram (kg) bersubsidi membabitkan sebuah lori di premis pembungkus minyak masak berlesen di Pasir Puteh.

Menurutnya, mereka kemudian mengekori lori tiga tan tersebut dari Pasir Putih menuju ke sempadan negara iaitu di sebuah pengkalan haram di Pasir Mas.

"Sebaik tiba di lokasi kami menemui sebuah stor haram di pengkalan haram Mat Yih, Jeram Perdah dan melakukan serbuan pada jam 7 malam," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Lori mengangkut tanah, pasir dan batu yang disyaki digunakan untuk melakukan penyeludupan membawa barang kawalan minyak masak peket bersubsidi.
Lori mengangkut tanah, pasir dan batu yang disyaki digunakan untuk melakukan penyeludupan membawa barang kawalan minyak masak peket bersubsidi.

Menurutnya, hasil pemeriksaan menemui sebuah lori mengangkut tanah, pasir dan batu yang mencurigakan disyaki digunakan untuk penyeludupan, membawa dan memiliki barang kawalan minyak masak paket bersubsidi.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan menemui sebanyak 2,482kg minyak masak di bahagian belakang kenderaan

Azanizam Affendi memberitahu, pemandu kenderaan melarikan diri selepas menyedari kehadiran penguat kuasa.

"Kami membawa kenderaan yang dirampas ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin untuk tindakan lanjut.

"Kes membabitkan Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan nilai sitaan dianggarkan RM6,205 manakala nilai kenderaan kira-kira RM100,000," katanya.

Menurutnya, serbuan tersebut melibatkan kerjasama Pasukan Polis Marin, Wilayah 3 Pengkalan Kubor, dan Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!