Sila log masuk terlebih dahulu.

Misi pengunduran tentera AS dari Afghanistan selesai

Pesawat tentera udara AS berlepas dari lapangan terbang di Kabul. - Foto Aamir Qureshi/AFP
Pesawat tentera udara AS berlepas dari lapangan terbang di Kabul. - Foto Aamir Qureshi/AFP
A
A
A

WASHINGTON - Pengunduran tentera Amerika Syarikat (AS) dari Afghanistan selesai sekali gus mengakhiri 20 tahun campur tangan ketenteraan di negara itu, lapor Agensi Berita Xinhua.

"Saya di sini mengumumkan pengunduran kami dari Afghanistan selesai termasuk orang yang dipindahkan.

"Pesawat C-17 terakhir yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai pada 30 Ogos,” kata Komander markas tentera AS, Kenneth McKenzie pada sidang akhbar di Jabatan Pertahanan.

Seramai 2,461 tentera AS terbunuh termasuk 13 tentera yang maut ketika serangan pengganas pada Khamis lalu dan lebih 20,000 anggota cedera sepanjang peperangan yang disifatkan paling lama dalam sejarah melibatkan Washington.

Namun, kata McKenzie, masih ada warga Amerika yang terkandas dan Jabatan Negara sedang melakukan segala yang mungkin untuk membantu mereka.

"Fasa operasi ketenteraan sudah berakhir... Sekarang fasa diplomatik akan bermula. AS akan terus berusaha untuk membawa pulang warganya yang masih terkandas dan kita akan cuba adakan rundingan,” katanya.

Media AS memetik seorang pegawai Jabatan Negara melaporkan, terdapat kurang daripada 250 warga Amerika yang mungkin ingin meninggalkan Afghanistan. - Bernama

Artikel Berkaitan: