Covid-19: EU saran sekat kemasukan pelancong AS

Negara-negara Kesatuan Eropah disyorkan menyekat kemasukan pelancong dari Amerika Syarikat berikutan peningkatan kes Covid-10 di negara berkenaan. - Foto AFP
Negara-negara Kesatuan Eropah disyorkan menyekat kemasukan pelancong dari Amerika Syarikat berikutan peningkatan kes Covid-10 di negara berkenaan. - Foto AFP
A
A
A

BRUSSELS - Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin mengesyorkan kepada negara-negara anggotanya supaya melaksanakan semula sekatan ke atas pelancong Amerika Syarikat (AS) berikutan kenaikan kadar jangkitan pandemik itu di AS.

Majlis Kesatuan Eropah berkata, pihaknya sedang dalam proses mengeluarkan Israel, Kosovo, Lubnan, Montenegro, Republic Macedonia Utara dan AS dari senarai negara-negara yang 'selamat' daripada pandemik tersebut.

Sebelum ini, penduduk yang datang dari negara 'selamat' itu tidak perlu untuk menjalani ujian saringan Covid-19 atau dikuarantinkan.

AS telah menyaksikan hampir 3.8 juta kes dan lebih 24,000 kematian ekoran Covid-19 dalam tempoh empat minggu lalu, menurut data daripada Universiti John Hopkins seperti yang dilaporkan sehingga 30 Ogos lalu.

Peningkatan kes di AS itu adalah sebahagian besar disebabkan oleh varian Delta di seluruh negara tersebut terutamanya di kawasan-kawasan yang mempunyai kadar vaksinasi yang rendah.

Pada Jun lalu, EU mengesyorkan supaya anggota-anggotanya menarik semula sekatan perjalanan yang dilaksanakan ke atas AS ekoran negara tersebut mengambil langkah besar dengan melaksanakan program vaskinasi ke atas penduduknya. - Agensi

Artikel Berkaitan: